SEKARANG ANDA BOLEH MEMASANG BILIK AIR DI MANA-MANA SAHAJA, CEPAT DAN MUDAH!

Dengan pelbagai macerator dan pam SFA Saniflo, anda boleh memasang bilik air,
dapur atau dobi baru di mana-mana sahaja, tanpa kos yang tinggi, dan tiada kerumitan

APA YANG DILAKUKAN OLEH SFA SANIFLO?

Unit SFA Saniflo menerima air dan sisa buangan dari tandas, bilik mandi, besen air dan tab mandi; mengisar sebarang sisa pepejal yang ada dan terus mengepamkan cecair buangan ke paip pembetung terdekat, secara menegak atau mendatar. 

Unit ini dapat dipasang dengan mudah. Pemasangan tidak perlu pemecahan konkrit; tidak perlu pembinaan atau pemasangan paip yang sukar. 

Proses yang sama berlaku, sama ada anda merancang untuk memasang dapur atau dobi baru

SFA Saniflo mempunyai pelbagai pam saliran yang dapat menambah bilik mandi, dapur atau dobi di mana-mana sahaja, bukan sahaja boleh, tetapi dengan lebih mudah dan lebih murah

SFA SANIFLO ADALAH PENYELESAIAN YANG TERBAIK APABILA:

TIDAK DAPAT MENGGUNAKAN SALIRAN GRAVITI KONVENSIONAL

Masalah ini timbul apabila bilik air atau kawasan basah yang lain adalah lebih rendah dari sumber saliran pembuangan, atau ketika sumber saliran terlalu jauh.

MELIBATKAN PEMBINAAN BESAR SEPERTI PENGGALIAN PARIT ATAU PEMECAHAN LANTAI DAN JUBIN.

Pemasangan SFA Saniflo tidak melibatkan pembinaan besar, penggalian parit, pemecahan dan pembaikan semula lantai atau jubin.

KOS PENGUBAHSUAIAN TERLALU TINGGI.

Pemasangan dan penggunaan SFA Saniflo yang mudah merendahkan kos dalam semua situasi, dan menjimatkan masa proses pengubahsuaian.

Bina bilik air baru

Di mana sahaja secara mudah dengan pelbagai macerator kami

Pam macerator yang membolehkan anda memasang bilik air penuh (tandas, bilik mandi dan besen air).

Bina dapur baru

Di mana sahaja secara mudah dengan pelbagai pam kami

Pam air yang membolehkan anda memasang dapur (singki, mesin basuh dan mesin basuh pinggan)

Pemasangan stesen pengangkat (Lifting Station)

Di mana-mana, pelbagai stesen pengangkat kami dapat dipasang dengan mudah.

Stesen pengangkat motor berkembar tugas-berat untuk menyingkirkan semua kumbahan dari seluruh bangunan/rumah

ANDA SEORANG PENIAGA?

Visit our link page and contact us to sell our products

Hak Cipta© 2021 SFA - Hak cipta terpelihara